03 Disember 2009

Relevankah 1MALAYSIA?

Akhirnya PM Najib melalui Menterinya Nazri mengakui "kejahatan" BTN. Baguslah kalau begitu. Ini menunjukkan Najib dan Nazri sahaja punyai "dua telinga". Mengakui kesalahan dan kejahatan adalah suatu yang amat mustahil bagi semua Menteri UMNO!

Cumanya Mahyudin, Noh Omar, Shahrizat ,Ahmad Maslan dan Hishamudin masih lagi punya "telinga yang satu"! Betullah kata pujangga Pak Samad Sasterawan Negara bahawa ramai menteri kabinet punya telinga yang satu tapi lidah banyak bercabang...penipu rakyat!

BTN umpama suku sakat ISA. Jika ISA digunakan untuk menyiksa tahanan secara kekerasan minda dan fizikal, BTN pula adalah untuk "menyiksa dan mendera" minda dan fikiran peserta. Diwajibkan hadir, jika tidak hadir tiada kenaikan pangkat dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

BTN membuktikan kejahatan UMNO untuk menimbulkan semangat perkauman di negara kita. Cuba kita bayangkan bagaimana BTN yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan secara automatiknya di bawah pengetahuan Perdana Menteri. Maknanya PM mengetahui doktrin jahat ini digunakan dan diamalkan.

Peliknya UMNO, BTN diwujudkan untuk timbulkan semangat perkauman anti-Cina dan dalam masa yang sama mereka wujudkan Kementerian Perpaduan Masyarakat untuk pupukan semangat perpaduan kaum. Apa maknanya ini semua? Dasar lidah bercabang!

Sebab itulah kita lihat puluhan tahun dan berbilion RM dicurahkan untuk perpaduan, tiada hasil dapat dibanggakan.

Kita yakin jika UMNO ada BTNnya, MCA dan MIC juga ada "BTN" masing-masing. Itulah gambaran "perpaduan" BN. Masing-masing curiga satu sama lain dan punyai niat yang jahat antara satu sama lain.

Apa yang pasti, semakin banyak kursus BTN diadakan, semakin luas jurang perkauman Melayu-Cina dan semakin banyak tanah dan hak orang Melayu dijual oleh UMNO!

Memangpun patut TG Nik Aziz melaknat UMNO! Anda bagaimana weh?


 reblogged from  harakahdaily - credits to Tok Pepijat   

Hiburan Malaysia yang semakin melalaikan

Apabila dikemukakan wanita cantik dengan pakaian terdedah, dan dengan cerita munkar seperti skandal seks, apa yang paling dilihat oleh orang ramai yang menonton? Tentu sekali aspek-aspek tarikan munkar dan melalaikan itu, walaupun katanya cerita itu mengandungi pengajaran.

Baru beberapa minggu, dunia seni tanah air dikejutkan dengan kemunculan Jalang, sebuah filem yang memaparkan cerita munkar seperti ini, menggunakan wanita cantik sebagai tarikan untuk melariskan cerita.

Dan sudah pasti, pembuatnya ialah orang Melayu beragama Islam yang cuba mewajarkan cerita itu dengan pengajaran dan kisah wanita itu bertaubat, walaupun dilihat daripada poster filem ini yang terpapar di akhbar-akhbar, jauh sekali untuk dikaitkan dengan taubat.

Daripada apa yang telah muncul di media selama ini, saya dapat menyimpulkan filem ini tidak lebih daripada eksploitasi wanita dan menggunakan seks sebagai pelaris. Filem seperti ini memudahkan lagi untuk gejala sosial orang Melayu Muslim di negara ini terus memburuk.

Siapa lagi yang akan menonton filem ini kalau bukan orang Melayu yang sebahagian besarnya beragama Islam? Adakah pembuat filem ini tidak memikirkan kesan-kesan jangka panjang filem yang dibuat konon untuk menceritakan kisah taubat itu kepada umum?

Taubat ialah satu perkara besar dalam agama. Kenapa pembuat filem ini mempersembahkan cerita berkisar taubat ini dengan imej-imej munkar? Ini sangat tidak kena dengan apa yang kononnya ingin disampaikan itu.

Dunia hiburan kita kian sesak dengan hiburan melalaikan. Kita melihat hiburan realiti remaja-remaja yang bercita-cita menjadi artis menjadikan remaja-remaja itu sebagai idola dan ikutan ramai anak muda.

Hasil pengamatan saya sendiri, di rumah-rumah ramai orang Melayu satu keluarga berhimpun di hadapan televisyen menonton rancangan hiburan realiti popular Akademi Fantasia sepanjang malam.

Setiap daripada mereka pula mengenali remaja-remaja peserta rancangan itu, siap dengan latar belakang kehidupan dan bermacam-macam lagi. Tidak cukup dengan itu, mereka membeli majalah mengenai rancangan itu untuk mengenali lagi idola kesayangan mereka itu.

Hasilnya, apa yang ada dalam kepala mereka kalau bukan idola-idola ini. Hiburan menjadi satu agenda penting kehidupan mereka hari demi hari, daripada satu musim ke musim akan datang. Apakah harapan masa depan umat Muslim negara kita sekiranya sebahagian besar lebih suka berseronok dengan hiburan.

Di internet pula, semakin banyak blog yang memaparkan kehidupan selebriti yang amat mengejutkan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan peranan mereka dalam rancangan di televisyen atau apa yang mereka katakan dalam wawancara-wawancara di akhbar.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menghadapi serangan hiburan munkar dan melalaikan yang semakin berleluasa ini. Mereka yang mempunyai autoriti dalam agama dan dihormati termasuk tokoh-tokoh politik perlu bercakap menentang perkara ini.

Pihak berkuasa mungkin boleh menggalakkan filem dan rancangan hiburan yang berfaedah dengan memberikan bantuan tertentu dengan menyediakan dana untuk membangunkan hiburan yang lebih berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan spiritual bangsa.

Mereka yang terlibat dalam dunia hiburan, yang mempunyai kesedaran ini perlu menggiatkan lagi usaha untuk memperbanyakkan lagi hiburan yang berfaedah. Jangan biarkan unsur-unsur munkar terus diarusperdanakan.

reblogging from harakahdaily.net -credits to Arif Husaini

28 Oktober 2009

1st Post...

Duhai Kasih yang ku Puji dan Puja
Di malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru

Duhai kasih yg ku puji dan cinta
Diharinya yg mulia
Ubatila hati luka
Jiwa yg sengsara
Hanya padamu ku menyeru

Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan

Aidilfitri mengakhiri aku mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi

Aidilfiri mengakhiri kita mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi

Duhai Kasih yang ku puji dan puja
Di malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru

Semalam dan seharian bawa kedamaian
Alunan Al-Quran doa dan harapan
Sujud kesyukuran

Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan



Hari ini 28 Oktober 2009 Masehi, bersamaan 9 Zulkaedah 1430 Hijriah, lebih seminggu sudah Syawal meninggalkan aku... Dua purnama jua Madrasah Ramadhan telah berlalu... Kurisik-risik dan selak kembali lembaran hari yang berlalu... Apa yang telah aku lakukan sebelum ini... Untuk agama, bangsa dan negaraku... Aku belajar... Untuk apa? Segulung skrol? Kerja?  Aku makan... Untuk apa?  Menurut turutan nafsu meronta-ronta minta perut diisi... Dan usai kenyang mata mula lalok, badan mula lemah... Malas... Malas untuk berjaga.... Lalu minta untuk berehat... Ngroh2... Tertidur... Tidur untuk apa? Mengantuk? Masih mengisi nafsu serakah yang menguasai diri... Jiwa yang kosong... Apa yang mau diisi... Untuk apa aku hidup dengan jiwa yang kosong? Menurut turutan nafsu yang membuak-buak... Nafsukah tuhanku? Atau menurut perintah Tuhan yang sejati... Allahu Rabbi... Ya Allah... Ampuniku.. Aku lemah.... Sentiasa lalai dan alpa...